Followers

Wednesday, May 25, 2011

info :: mandi yg wajib selepas melahirkan, Mandi Wiladah




salam semua....


adakah kawan2 semua tau berkenaan mandi wiladah ni?


kalau ada yg masih x tau jom kita bc info kat bwh ni...


saya ni lps bersalin dulu br tau pasal mandi wiladah ni, kalu x, xtau pun...


yg tau pasal mandi hadas je lepas sudah nifas..


lps ni kalu sapa yg dah tau wajib la wat ye....
ok, jom kita baca pasal mandi wiladah ni ye :::





Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza.
1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.
Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.
Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala".

No comments:

Post a Comment