Followers

Tuesday, July 26, 2011

ramadan kembali lagi...

asslamualaikum...
alhamdulillah, pejam celik pejam celik kita masih dipanjangkan usia di muka bumi ni utk menyambut Ramadan pd tahun ni....
cpt btul rasa masa berlalu, ya lahh...hasya pun dh nak masuk 2thn 1Syawal ni
smpaikan posa last yr yg tggl 9ari pun arini br abis ganti...haiisshhh
punya la dok bertangguh, last minit la jadinya...
tp xpa, at least abis jugak menggantikannya...
hopefully thn ni dpt posa penuh...hahaha...sgt verangan la aku nih...

“Ramadan” merupakan salah satu dari nama bulan yang boleh di jumpai di dalam kalender islam. Puasa pula adalah salah satu daripada syarat-syarat rukun islam yang wajib di laksanakan oleh semua umat islam layak. Puasa tidak wajib bagi individu yang kurang waras (tidak berakal) , bukan islam, akil baliq dan beberapa lagi status yang lain. Puasa merupakan salah satu ujian yang harus di tempuhi oleh setiap umat islam yang layak. Puasa merujuk kepada menahan lapar dan dahaga disamping mengelakkan diri dari melakukan apa-apa perkara maksiat atau haram dari waktu matahari muncul hinggalah matahari terbenam.

Byk kelebihan yg boleh didapati dari bulan yg mulia ini...antaranya utk wanita2 yg ingin berdiet..sebulan berpuasa(hanya beberapa hari tggl sbb uzur) mungkin dah boleh turunkan berat badan.syaratnya masa berbuka tidaklah menjamah bermacam bagai juadah..
yg keduanya bln ni dpt membantu kita utk berjimat cermat...di mana perbelanjaan kita di waktu siang tak perlu lg, waktu berbuka berpada2 lah, tak perlu nak membazir, ok?
yg ketiganya, puasa dpt merehatkan perut dan mengurangkan penyakit dlm badan...
yg keempat, kalau diikutkan bln Ramadan ni menjanjikan pahala yg berlipat kali ganda dari bulan yg lain...dgn adanya fadilat dan pahala utk sesiapa yg mengerjakan solat terawih. kita jugak digakalakkan utk bertadarus Al-Quran sepanjang bln Ramadan ni...
utk 10mlm terakhir pula, salah satu mlm yg dipanggil mlm Lailatul Qadar sekira nya kita beribadat kpdNya, nescaya bertambah pahala yg diberikan kpd kita...

kesimpulannya, marilah sama2 kita mengejar pahala dan melakukan sebanyak mungkin amal ibadat di bulan yg mulia ini..dan pada siapa yg biasa meninggalkan puasa tu bawak2 la insaf ye...kita kat dunia ni sementara saja....

ok, harap dimaafkan sekiranya ada tersilap aturan bahasa utk tulisan sy kali ini ye...

No comments:

Post a Comment